Restoran ‘De Pauh Garden’ beroperasi di atas tanah seluas 1.2 hektar dan berada di sekitar pembangunan Taman Pauh, Bandar PERDA, Bukit Mertajam. Lokasi ini adalah amat strategik kerana terletak berhampiran dengan Politeknik Seberang Perai (PSP) , Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah, Universiti Teknologi MARA ( UiTM) cawangan Pulau Pinang dan kawasan perumahan yang berpenduduk kepadatan tinggi.
Operasi restoran ‘De Pauh Garden’ telah berjalan sepenuhnya pada 09hb Januari 2012. Pada masa kini restoran ini mempunyai kakitangan seramai 58 orang pekerja dan menyediakan pelbagai jenis masakan melayu, thai dan barat. Restoran ini berkeupayaan menyediakan hidangan kepada 380 orang pada satu masa
Walaupun De Pauh Garden ini baru sahaja didaftarkan, namun restoran ini diurustadbir oleh syarikat Tinta Jaya Mandiri Sdn.Bhd. di mana syarikat tersebut telah lama berpengalaman dalam menjalankan perniagaan. Pada masa sekarang restoran ini hanya beroperasi dari jam 10.00pagi hingga 2.00pagi (18jam) dan menjadi hasrat restoran ini untuk meluaskan waktu operasi kepada 24jam sehari. Masalah ini berlaku disebabkan kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja yang mencukupi untuk menjalankan operasi selama 24jam.
Konsep ‘restoran dalam taman’ yang dilaksanakan oleh restoran ini didapati amat digemari oleh para pelanggan dan menerima kunjungan melebihi 1,000 orang setiap hari. Restoran ini juga telahpun dipilih dan dimasukkan di dalam peta pelancongan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Restoran ini juga telah menyertai sessi Dialog pelaburan dan permadanan perniagaan (business matching) di antara Pulau Pinang – Sumatra Utara di Majlis Pekan Raya, Sumatra Utara (Medan Fair). Tujuan restoran ini menyertai majlis tersebut adalah untuk menarik para pelancong dari Indonesia yang ramai datang melancong dan mendapatkan rawatan perubatan di Pulau Pinang